Thursday, September 15, 2011

RINDU


Awak! Sy rindu awak sgt-sgt! Hanya Tuhan saja yg tahu betapa rindunya sy kat awak :'/

Friday, August 12, 2011

INDAHNYA CINTA ALLAH

Cintailah Allah sebesar nikmat yang Dia berikan kepada kita.

Cintailah Allah kerana kesempurnaanNya.

Cintailah Allah kerana kurniaanNya.

Cintailah Allah kerana kelembutanNya kepada kita.

Cintailah Allah kerana hidayahNya kepada kita.

Cintailah Allah kerana Ia telah mengutus seroang rasul kepada kita.

Kita janganlah mengaku mencintai Allah SWT dengan ucapan semata, tetapi buktikanlah melalui perbuatan kita. Kita bisa menyatakan apa saja, baik itu benar atau bohong, namum yang benar adalah perbuatan. Jadi sebenarnya sampai manakah darjat cinta kita?

P/S: Saya akui saya masih lemah dalam hal seperti ini. Saya tidak belajar tetapi saya di ajar. Terima kasih pada yg sudi mengajar saya. Dulunya saya sgt jahil, tapi skrg saya nekad untuk berubah untuk menjadi yg lebih baik. Tidak lagi pandang pada kisah silam saya dahulu malah skrg saya sibuk utk memikirkan apa yang akan sy lakukan pada masa akn datang utk menjadikan diri saya lebih baik. Itulah saya skrg. Ikhlas, Nur Syazlin binti Shuib :)
Bila Allah Sayang Kita


Bila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya. Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati.
Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika kadang-kadang. Bila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu merasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan keluar dan petunjuk. Manusia mencemuh, mencaci dan merendah-rendahkan kita hanya kerana kita membawa risalah-Nya. Bila kita meminta, tidak diberi-Nya serta-merta, dibiarkan kita merintih sampai rasa penghambaan itu benar-benar lahir dan terasa manisnya. Benar janji Allah bahawa barangsiapa bertakwa, akan diberikan jalan keluar baginya, namun boleh jadi jalan keluar itu berliku-liku sebelum sampai kepada penyelesaian yang paling memuaskan.
Oleh itu, haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala apa yang kita inginkan tidak diberi-Nya? atau apa yang kita hajatkan tidak ditunaikan-Nya? Haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala hidup kita penuh kesengsaraan dan kepayahan? Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Pasti ada rahmat disebalik ujian.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)
Persoalannya, kita selalu bertanya-tanya sama ada Allah sayang kita atau tak, sebaliknya pernahkah kita risau sama ada kita betul-betul sayangkan Allah melebihi segala-galanya?

Saturday, July 23, 2011

MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA...





Argghhhh! Seksanya hati aku skrg. Nak kata kecewa, tak la sgt. Mungkin dah sampai masanya untuk aku lupakan dia. Bukan lupakan sgt la, cuma perasaan suka aku kat dea patut buang jauh jauh. Yelaa aku dah tak tahan la hidup seksa cmnie. Asyik teringat kat dea, hampir 24jam kot! Dapat bayang tak? Tiap kali on9 tgk dea dulu on9 kea tak. Kat sek cari dea, dea dtg sek kea tak. Kalau jumpa tu mujur la. Dapat borak dgn dea lagi la mujur. Hahaha mungkin ini yg terbaek. Melupakan perasaan aku tuh dan kawan mcm biasa. Yess I think so. Patut aku sedar lama dah perkara nie. Patut kea aku delete pic kau dalam fon aku? Hmm cmne aku nak hadapi hari hari esok. Kat sek mesti kita terserempak nya. Atau pun kan bila aku terserempak dgn kau, aku bwat bese jea tayah la teruja sgt. Then bila borak dgn kau, perasaan suka tu cepat cepat aku buang. Ok! Cmtu kot penyelesaian nya, takpe aku akan cuba. Cuma aku perlukan masa utk perbaiki balik keadaan dan perasaan aku. Hahahaha malas nak tulis panjang, last sebelum aku tutup cerita pasal kau. Aku nak kau taw aku suka kau! Kbai, Assalamualaikum :)
SALAH TAFSIR

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN, MINUMLAH ARAK!!
DAPAT PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI :)


Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil
menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin
tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul
Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau
membalut kepalamu sebegini rupa?"


"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat
gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah
kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji
Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada
orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul
Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian
dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan
perasaan kesal dan insaf.
MULIA NYA RABI'ATUL ADAWIWA 

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang
khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk
ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah
menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak
menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi
untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini." 


Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."