Saturday, July 23, 2011

MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA...





Argghhhh! Seksanya hati aku skrg. Nak kata kecewa, tak la sgt. Mungkin dah sampai masanya untuk aku lupakan dia. Bukan lupakan sgt la, cuma perasaan suka aku kat dea patut buang jauh jauh. Yelaa aku dah tak tahan la hidup seksa cmnie. Asyik teringat kat dea, hampir 24jam kot! Dapat bayang tak? Tiap kali on9 tgk dea dulu on9 kea tak. Kat sek cari dea, dea dtg sek kea tak. Kalau jumpa tu mujur la. Dapat borak dgn dea lagi la mujur. Hahaha mungkin ini yg terbaek. Melupakan perasaan aku tuh dan kawan mcm biasa. Yess I think so. Patut aku sedar lama dah perkara nie. Patut kea aku delete pic kau dalam fon aku? Hmm cmne aku nak hadapi hari hari esok. Kat sek mesti kita terserempak nya. Atau pun kan bila aku terserempak dgn kau, aku bwat bese jea tayah la teruja sgt. Then bila borak dgn kau, perasaan suka tu cepat cepat aku buang. Ok! Cmtu kot penyelesaian nya, takpe aku akan cuba. Cuma aku perlukan masa utk perbaiki balik keadaan dan perasaan aku. Hahahaha malas nak tulis panjang, last sebelum aku tutup cerita pasal kau. Aku nak kau taw aku suka kau! Kbai, Assalamualaikum :)
SALAH TAFSIR

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN, MINUMLAH ARAK!!
DAPAT PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI :)


Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil
menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin
tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul
Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau
membalut kepalamu sebegini rupa?"


"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.
"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.
"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat
gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah
kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji
Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada
orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul
Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian
dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan
perasaan kesal dan insaf.
MULIA NYA RABI'ATUL ADAWIWA 

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang
khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk
ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah
menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak
menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi
untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini." 


Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

PENANGAN CINTA

Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001… Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik. 

Apa yang terjadi sebenarnya?
 

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!

Friday, July 22, 2011

In the midnight, what I feel now.

Sometimes you get tired of waiting, cause your heart knows you waited long enough 

Terseksa terguris hatiku ini :/


Kul12 tengah mlm tepat aku bangun. Aku tataw nape aku boleh terbangun, selalu kalau dah tydo aku susah nak terjaga. Bangun-2 duduk jap then terus gy kat laptop online. Time nak bukak laptop tu dlm hati berharap kau online taw, tpy? Hmm tak pun. Aku check wall kau tgk 6hours ago kau ada reply comment status kau. Aku kira time tu kul6 cmtu kot. Haish kau taw apa perasaan aku skrg? Sgt sgt kecewa dan bercelaru. Dah la esok Sabtu, kau plak tak dtg sek sbb ada hal. Sah sah tak jumpa. Terpaksa la tunggu sampai hari Isnin, tu pun belum tentu dapat jumpa kan. Arghhhh tolong la online, dgn cara tu jea kita boleh contact skrg. Aku dah tataw nak tulis apa, nak tulis panjang-2 pun bukan dapat hasil kat aku kan. Hmm kbai, assalamualaikum.

Thursday, July 21, 2011

Kawan Kecil ♥


Okay. Firstly aku nak ckp jgn salah paham dgn pic aku dgn lelaki tu yea. Kami hanya kawan dan kawan selama nya. Hihi boleh di kata kan dea salah sorang kawan lelaki aku yg paling lama aku berkawan, sejak kecik kot. Al maklum la dulu rumah dekat, yg si Muiz nie pun sokmo dtg rumah aku main masak-2 la apa la. Hahaha tadika dgn dea, tak bape ingat la cmne kehidupan aku dgn dea masa tadika. Pastu aku pindah taw time tahun bape tah tak engat. Kami lost contact, masa f1 aku sek asrama mmg tak jumpa langsung la dea. Sampai la f3 aku pindah smk seri mahkota, sekelas plak dgn kawan kecik aku nie. Mula-2 mmg tak bertegur sbb aku pun malu nak tegur kawan baru dan lgy pun tak nmpk pun Muiz dlm kelas tu. Hehe one day Muiz tegur aku, tanya aku nie Syazlin kea? Penah tadika kat tetttttt kea? Aku pun jawab dgn jujur. Haha baru la aku sedar dea Muiz yg aku rindu gila tuh! Sumpah happy dpt jumpa kawan yg membesar bersama. Hihi sampai la tahun 2011 kami tak sama kelas, so kami tak bertegur sgt la. Jumpa pun tak dpt borak lama sbb masing-2 busy. Dea pun tgk gaya mcm dah berpunya kot skrg, malas la aku nak kacau. Haha tpy pape pun mmg aku rindu gila nak borak lama-2 dgn kau, tak tipu. Aku nak kau taw Muiz, aku rindu kau. Assalamualaikum :')
I'm tired to cry again, again and again. Please understand what I feel :(

Tak paham dengan perasaan sendiri.

Hmm serius aku tataw nak ckp cmne. Mmg tak penah terlintas langsung nak suka kat kau, haish tak wajar la. Kau dah berpunya gila apa aku nak suka kat kau. Please wake up Syaz! Tpy sumpah aku ckp, aku happy kalau jumpa kau. Kau online pun bwat aku happy taw. Aku tataw la cmne hidup aku tanpa kau. Sedar la kehadiran aku wei. Aku tak mintak apa, aku cuma mohon kau boleh layan aku baik tu jea. Skrg status kat fb aku nak jiwang bagai jea. Mmb aku pun dah tegur nape aku jiwang sgt. Hahaha aku jiwang sbb kau la nie, bukan salah aku. Salah kau la bwat aku suka kat kau. Ya Allah betapa seksanya aku skrgggg. Aku dah cuba tanak suka tpy makin aku tanak makin hati nie suka. Biar jela aku akan cuba carik jalan cmne nak selesai kan masalah nie. Tpy last aku nak kau taw aku suka kau :'(